Assalamualaikum dan Salam sejahtera
semua…Bertemu kita lagi.. ^____^v Okeyh
post kali ni saya nak bercerita tentang aktiviti senaman ‘indoor’. Seperti yang kita semua tahu senaman terbahagi
kepada dua iaitu ‘indoor’ dan ‘outdoor’, senaman ‘indoor’ ini adalah aktiviti
senaman yang dilakukan di kawasan yang tertutup seperti di dalam rumah,
gymisium, gelanggang futsal tertutup , gelanggang badminton tertutup dan
kawasan yang tertutup dan sesuai dibuat senaman.
Bagi saya senaman ‘indoor’ ini
sangat mudah untuk dilakukan dan boleh dilakukan dimana sahaja. Misal kata saya
malas untuk melakukan senaman di luar jadi saya boleh melakukan senaman di
dalam rumah sahaja dengan kawasan yang sedia ada saya dah boleh melakukan
lompat bintang, lari setempat dan senaman lain yang sesuai untuk dilakukan.
Lagi pula senaman ‘indoor’ ini lebih praktikal untuk dilakukan. Ada banyak contoh gerakan
senaman ‘indoor’ yang boleh kita ikut.
Contohnya seperti gambar dibawah.
Senaman yang dilakukan di dalam gambar ni anda boleh lakukan dimana sahaja dan bila-bila masa. Saya juga ingin berkongsi dengan anda sebuah video yang sering saya gunakan sebagai rujukan semasa melakukan senaman 'indoor'. Ini salah satu video senaman kegemaran saya.
Banyak lagi video yang anda boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan senaman 'indoor'. Senaman 'indoor' juga bukan bermakna anda hanya perlu melakukan senaman di dalam rumah sahaja. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dan kesempatan masa anda juga boleh pergi ke gym untuk melakukan senaman. Sekiranya anda melakukan senaman di gym, lebih banyak pergerakan yang anda boleh lakukan kerana peralatan di gym lebih banyak dan lengkap. Di gym juga ada 'coach' yang boleh membantu anda semasa melakukan senaman.
Anda juga boleh mengajak rakan-rakan untuk beriadah selepas pulang dari kerja dengan bermain badminton atau futsal. Selain dapat mengeluarkan peluh, hubungan silaturahim juga boleh dieratkan. Jadi senaman 'indoor' ini bukanlah senaman yang sukar untuk dilakukan. Selain mudah, cepat dan praktikal ianya juga boleh dilakukan di mana sahaja. So, tunggu ape lagi? Jomlah bersenam!

No comments:
Post a Comment